Saturday, 14 June 2014

Keychain Onigiri

Assalamualaikum

Haa, korang yang suka semua tentang Jepun ni mesti tau kan onigiri tu ape kan? Onigiri ni dia macam nasi yg dikepal-kepal kemudian letak seaweed. Betul ke? Lebih kurang mcm sushi la kot. hehe. Barang-barang daripada Jepun pun semua comel-comel, sampai makanan dorang pun boleh diolah menjadi keychain yang sangat comel!







Hmm, mungkin lepas ni boleh cuba buat keychain lemang ngan rendang pulak. hehe. 

Price : RM6

Order Nurul Izzah

Assalamualaikum

Ni adalah order daripada customer aku yg pertama, masa mula-mula aku promotekan felt craft ni kat facebook.




Menurut customer aku tu, seorang guru, dia nak poskan keychain ni dekat anak-anak sedara dia dekat Australia. Alhamdulillah keychain selamat sampai & anak-anak sedara dia pun suka. Ngeehh..aku pun suka jugak.hehe. Harga untuk domo-kun dan bunga tu RM6 setiap satu dan nama kt belakang tu free tau! So cepat2 order ngan hakak!

Hp Charm Square Love

Assalamualaikum

Harini nak cite pasal something yang simple je. Ni antara hp charm yg aku buat masa tengah kebuntuan idea, tapi laku tau..ngeh ngeh ngeh..! 





Sangat simple. Untuk orang-orang yang baru nak cuba jahit felt craft ni boleh try pattern ni ye. Sesuai jugak untuk jadikan hadiah doorgift ;)

Price : RM4 each

Wednesday, 11 June 2014

REZAKI ALLAH ITU LUAS

Assalamualaikum

Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik,
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan,
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah,
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus,
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga,
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok,
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.



Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa, Bertawakkal.
Hanya Dia Allah yang maha adil,
Tuhan semesta alam.
Yakin dengan ketetapan dan ketentuanNya.


Wassalam :)


Tuesday, 10 June 2014

Hp Charm Mushroom Mario

Assalamualaikum

Haa, sape kat sini suka main game super mario? Aku main gitu2 je, pasal selalu kalah aku dah patah hati ngan mario ni hehe. Jadi aku buat la mushroom die, sebab mushroom die lagi comel dari super mario tu sendiri haha. Jom tengok!





So, kalau korang nak mengabadikan kenangan bersama mushroom mario ni, contact2 i ye..ngeee

Price : RM4 each






Keychain Simply Love!

Assalamualaikum

Aduh, lamanya rasa tak update blog. Sebab dah  seminggu laptop rosak. Nak hantar kedai makan masa jugak, 300-400 kompem melayang. Geram sangat, aku hempuk laptop atas bawah gilir2 sambil baca Bismillah. Hasilnye, perghhh! Memang org2 yg keje repair laptop tak boleh cari makan lepas ni haha. Save my money, peace ;) But, dont try this at home, kalau terus rosak aku tak nak dipersalahkan.hehe. 

Okeh, sekarang nak cite pasal keychain simply love ni. Adik aku cakap "nonsense" kt keychain ni. Tapi bila aku nk bagi free, die dulu yg sambar. Aku buat simple-simple je jual kat budak-budak sekolah yg comel2 tuh. Takpalah, jom tengok dulu nonsense ke tak. hehe





Ni actual siza la senang kira, takyah nak bayang-bayangkan love ni besar mana. hehe
Sesuai jugak untuk jadikan doorgift masa kenduri kahwin.

Price : RM4 each



Sunday, 1 June 2014

InTeam & Far East live di Terengganu!

Assalamualaikum

Hai, harini nak cerita tentang kehadiran kumpulan nasyid yg terkenal kat Malaysia ke Terengganu baru2 ni, InTeam & Far East. Yeayyy!!(sambil tepuk2 tangan). Aku excited sgt pasalnye dh lama aku x tgk konsert nasyid life ni. Almaklumlah jrg2 ada, and kalau ada pun mungkin aku je yg xtau kot..kot...

Dorang ni dtg bagi meraikan karnival penghayatan Islam yg diadakan di Sabasun 2, Wakaf Tembesu (org2 ganu tau je Sabasun ni..hehe) Karnival ni berlangsung selama 4 hari kalo x silap. Aku cuma pegi mlm konsert tu je..



Excited punye pasal, aku ngan family bwk tikar terus bentang tikar tu depan stage, depan sekali tuu. Tak peduli dh org belakang. Siap bwk jagung bakar konon nk nengok nasyid sambil nguyah2 .Masa tu yg ikut parents aku, adik gegirl and adik boboy aku. Tiba2, abg MC tu pengumuman, "Assalamualaikum. Minta perhatian, diminta kaum wanita duduk dibwh kemah yg disediakan, siap ada tikar dah ni, dtg duduk sini je. Yg depan stage hanya utk kaum lelaki shj. Minta kerjasama ye.." 

Alamak! Aku dh tebal muka dh pasal kitaorg depan skali. Majoriti yg dtg dgn family, jadi bila dorg dh bentang tikar smua, port baik punye, mestila nk duduk ngn family kn. Nasib baik la takde sorang pun berganjak fuhh..!! Sumua kaum wanita nak duduk diatas tikar sendiri bersama kluarga..hehe. Lagipun kalo duk bwh khemah kena duduk belakang skali pasal depan dh penuh..no way! haha. Aku ni rabun, kasihanilah daku....hukhuk

Finally, persembahan pun bermula. Mula-mula InTeam & FarEast bersama-sama berselawat. Kemudian kumpulan Far East membuat persembahan. 4@5 lagu jgk kalo tak silap. Yang penting lagu favourite aku ada, cinta pertama & menanti di barzakh. Kiranya lagu ni aku hafal habis la, nasib dorang tak panggil ajak nyanyi sekali je. Kalo dorang ajak confirm aku taknak..hehe

Kumpulan Far East. Sorang lagi ahli kumpulan dorang tak dapat dtg. 

Kemudian kumpulan InTeam plak buat persembahan. Dorang ni antara lagenda2 nasyid yg sangat hebat n glamour suatu ketika dahulu. Sekarang pn still glamour jgk..hehe. Lagu dorang yg aku ingat malam tu nur kasih & setanggi syurga. Kalau dorang suruh aku request nk lagu apa, aku nk lagu Pemergianmu..lagu tu, Subhanallah. lagu tentang pemergian Rasulullah s.a.w. Mmg sgt menyentuh kalbu ini. ececeh...!

Kumpulan InTeam.

Persembahan di akhiri dgn Ya Hanana oleh InTeam & FarEast. Mcm biasa ada sesi autograph and sesi bergambar. Aku terlambat sikit je sebab nk lipat tikar, alih2 dh penuh dh audience serbu dorang ni. Aku nyelit2 xdpt jgk nk g depan. Last2 aku angkat tangan ambil gambar dari jauh je. Nampak hidung separuh, muka separuh, telinga sebelah. Emm jadila..haha





"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"-Raihan

Wassalam :)