Tuesday 24 June 2014

Keychain Nama

Assalamualaikum

Old skool time! Sekarang nak cite pasal keychain nama pulak. Majoritinye, crafter2 yang baru nak belajar menjahit felt craft ni akan buat keychain nama dahulu, termasuklah aku. hehe. Tapi jgn disangka walaupun old skool still banyak permintaan tau terutamanya budak-budak sekolah. Siap ade request nama artis korea, nama couple pn ada jgk. Ish2, x caya jom tengok!








Ha caya x? hehe. Ok la da maghrib ni. Selamat menunaikan solat maghrib yeeeeew!

Price : RM4  each
(depan & belakang + RM1) 

Sunday 22 June 2014

Keychain, Hp charm & Bookmark

Assalamualaikum

Ni antara felt craft yang banyak aku buat suatu ketika dahulu. Ececeh.. Aku buat and adik aku si Ummi tu jual kat sekolah die. Sold out! Alhamdulillah hehe.
Tapi malangnye hanya 2 keping gambar ni je yg aku ambil, terlupa nak snap banyak-banyak. Huhu.



 Kalau berminat boleh terus email k? ;)

Price
Keychain Ice cream : RM6 each
Keychain Lollipop : RM6 each
Hp charm Ladybird : RM4 each
Bookmark : RM2

Friday 20 June 2014

Cara Tidur Yang Sempurna Mengikut Islam

Assalamualaikum



Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, maka tidurnya akan menjadi ibadat. Allah S.W.T hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. 
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah S.W.T untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. 
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid.
 Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi kita, dia hanya akan dapat kerehatan.

Antara Sunnah-sunnah Nabi S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur ialah:

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah S.W.T janjikan adalah syurga.


2. Jangan tidur menghadap kaki ke arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

3. Membaca Tasbih Fatimah. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 


6. Ambil wudhu sebelum tidur dan solat sunat taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita.

8. Tidur cara Rasulullah S.A.W dengan cara mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 


Banyak lagi Sunnah Nabi S.A.W yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur dan lebih mudah daripada buat senaman ringan ;)

PERINGATAN: Pesan Nabi S.A.W, dilarang tidur meniarap terutamanya lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa agaknya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya syaitan/jin betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Wallahualam...

P/s: Jangan tangguhkan lagi Sunnah-sunnah Nabi kite yew ;)



Order Aqilah Arsyad

Assalamualaikum

Hai! Ini order from Aqilah. Jom tengok!






Packaging die ala-ala sendu jela. Tulis sendiri je, save budget. haha.  Alhamdulillah selamat sampai. Harganya RM6 setiap satu. So, kalau nak order bagitau i yeee ;) 



Brooch Bunga (3 Layer)

Assalamualaikum

Ni pulak brooch bunga 3 layer. Agak memenatkan jugak, sebab aku kena lukis template, gunting template, lukis atas kain felt and gunting lagi dan lagi dan lagi (amboii2). Aku buat manual je, sesetengah crafter ada big shot (alat untuk potong kain felt). As long as kita suka dengan apa yang kita buat, yg susah akan jadi senang. Betul tak kak ton? hehe. 





Ada sesetengah customer order request colour by layer. So, aku pun fikir rasa penat jugak kalau nak tetapkan warna setiap layer, kalau sikit boleh tahan lagi, buatnya ratus-ratus tak histeria die nak memilih warna kan. So, kalau korang nak order, boleh terus bagitau warna utama, warna lembut atau warna terang. InsyaAllah pilihan warna yang akan saya berikan akan memuaskan hati anda...cehh, da mcm iklan khidmat mesra pelanggan pulak! So, kalau rasa nak comel-comel bila keluar jalan-jalan dengan parents boleh order k ;)

Price : RM2 each 

Brooch Bunga

Assalamualaikum

Brooch bunga ni umumnya hanya kaum hawa saje yg pakai yee. Kaum adam pn boleh pakai jugak, tapi nmpak pelik la kan hehe. Okeh ini design bunga yg aku buat masa first time buat brooch ni. Jom tengok!




Untuk buat brooch ni aku gunakan acrylic felt yg lembut tu, bagi mengelakkan kelihatannya kedut-kedut tua apabila dilipat. Gitteww! Sesuai untuk semua jenis golongan, tambah-tambah untuk adik-adik sekolah, mesti comel sampai nak picit-picit (over plak) hehe. 
Kalau adik-adik berminat bagitau hakak ye ;)

Price : RM2 each


Saturday 14 June 2014

Keychain Onigiri

Assalamualaikum

Haa, korang yang suka semua tentang Jepun ni mesti tau kan onigiri tu ape kan? Onigiri ni dia macam nasi yg dikepal-kepal kemudian letak seaweed. Betul ke? Lebih kurang mcm sushi la kot. hehe. Barang-barang daripada Jepun pun semua comel-comel, sampai makanan dorang pun boleh diolah menjadi keychain yang sangat comel!







Hmm, mungkin lepas ni boleh cuba buat keychain lemang ngan rendang pulak. hehe. 

Price : RM6

Order Nurul Izzah

Assalamualaikum

Ni adalah order daripada customer aku yg pertama, masa mula-mula aku promotekan felt craft ni kat facebook.




Menurut customer aku tu, seorang guru, dia nak poskan keychain ni dekat anak-anak sedara dia dekat Australia. Alhamdulillah keychain selamat sampai & anak-anak sedara dia pun suka. Ngeehh..aku pun suka jugak.hehe. Harga untuk domo-kun dan bunga tu RM6 setiap satu dan nama kt belakang tu free tau! So cepat2 order ngan hakak!

Hp Charm Square Love

Assalamualaikum

Harini nak cite pasal something yang simple je. Ni antara hp charm yg aku buat masa tengah kebuntuan idea, tapi laku tau..ngeh ngeh ngeh..! 





Sangat simple. Untuk orang-orang yang baru nak cuba jahit felt craft ni boleh try pattern ni ye. Sesuai jugak untuk jadikan hadiah doorgift ;)

Price : RM4 each

Wednesday 11 June 2014

REZAKI ALLAH ITU LUAS

Assalamualaikum

Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik,
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan,
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah,
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus,
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga,
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok,
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.



Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa, Bertawakkal.
Hanya Dia Allah yang maha adil,
Tuhan semesta alam.
Yakin dengan ketetapan dan ketentuanNya.


Wassalam :)