Friday 20 June 2014

Cara Tidur Yang Sempurna Mengikut Islam

Assalamualaikum



Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, maka tidurnya akan menjadi ibadat. Allah S.W.T hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. 
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah S.W.T untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. 
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid.
 Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi kita, dia hanya akan dapat kerehatan.

Antara Sunnah-sunnah Nabi S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur ialah:

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah S.W.T janjikan adalah syurga.


2. Jangan tidur menghadap kaki ke arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

3. Membaca Tasbih Fatimah. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 


6. Ambil wudhu sebelum tidur dan solat sunat taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita.

8. Tidur cara Rasulullah S.A.W dengan cara mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 


Banyak lagi Sunnah Nabi S.A.W yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur dan lebih mudah daripada buat senaman ringan ;)

PERINGATAN: Pesan Nabi S.A.W, dilarang tidur meniarap terutamanya lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa agaknya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya syaitan/jin betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Wallahualam...

P/s: Jangan tangguhkan lagi Sunnah-sunnah Nabi kite yew ;)



2 comments:

  1. Salam.. Jalan2 sini sambil baca entry.. Jemput singgah blog saya www.sayeshukepink.com.

    ReplyDelete
  2. Wslm, thanks.. sy dh ke blog sis, sayeshukepink jugak. hehe

    ReplyDelete